Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu

Mencari damai berhampiran pantai Tok Jembal

Pantai Tok Jembal terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Pantai ini telah dipenuhi oleh timbunan batu-batu yang bertujuan untuk mengelakkan dari ombak menyerbu lagi kuat, kesan dari penambakan lapangan terbang.

Walaupun begitu, hakisan-hakisan teruk tetap berlaku , menyebabkan banyak pokok-pokok besar runtuh di tepi pantai.  Dari segi alam sekitar, ianya adalah suatu perkara yang tidak diingini.  Tetapi dari segi fotografi, ia menambahkan subjek-subjek menarik dan unik di tepian pantai.


Sunrise, lopak air, matahari dan refleksi berhampiran pantai Tok Jembal


Kawasan yang dilanda hakisan teruk di pantai Tok Jembal


Cahaya mentari di atas ombak



Kilauan matahari dan refleksi di pantai Tok Jembal


Sinaran matahari (Ray Of Light / ROL), refleksi dan percikan ombak


Ombak menyerbu di pantai Tok Jembal - versi hitam putih


Ombak berpusar di pantai Tok Jembal


Tayar dalam buih-buih ombak yang menghempas - Night shot

Gambar di atas, saya expose selama 204 saat, F/4 , ISO 200 , Flash ON. Saya gunakan flash untuk memberhentikan (freeze) aksi hempasan ombak itu pada tayar.  Jika tidak, air akan menjadi berkabus semata-mata ....... kerana kali ini saya mahu agar moment splash tu dapat ditangkap dalam night shot saya.


Ombak menyerbu pantas di pantai Tok Jembal


Sunrise dan pokok tumbang di pantai Tok Jembal


Sunrise  dan percikan ombak besar



Bunga Kembang Pagi purple (Purple Morning Glory) di tepi pantai dengan bokeh sinaran mentari atas air laut


Bunga Purple Morning Glory atas pasir


Bunga Kembang Pagi putih (White Morning Glory) di tepi pantai


Kilauan atas permukaan air laut kesan dari pancaran cahaya matahari


Berhampiran dengan pantai Tok Jembal ini ada kawasan semak-samun yang sesuai untuk bermacro juga.

Lebah hitam terbang menghampiri ranting kayu


Lebah hitam membentangkan sayapnya

1 Comments

  1. Gambar2 yang sungguh mengujakan. SubhanAllah..

    ReplyDelete