Bangsal tempat simpan perahu dan kilat
Pantai Bisikan Bayu (beach of the whispering breeze) terletak dalam daerah Pasir Puteh, 50km dari bandar Kota Bharu. Lokasinya berhampiran sempadan dengan Kuala Besut, Terengganu, dalam beberapa KM dari Jeti Kuala Besut.
Saya hanya sempat merakam di sini saja, tidak perasan pula bahawa pantai ini ada port-port yang lain lagi. Setelah cek balik dalam internet ni baru perasan, ada lagi port-port menarik di situ rupanya huhu. Saya pun tidak merancang untuk ke sini, tetapi hanya dihantar menginap ke chalet di sini, di mana waktu saya ada tugas merakam gambar kahwin anak sepupu saya yang mengahwini orang Kuala Besut.
Antara kemudahan yang ada disediakan ialah chalet dan surau. Rumah orang-orang kampung pun ada berdekatan situ. Masjid terletak dalam 1km dari chalet.
Gambar-gambar sunrise di sini tiada lagi, kerana kebetulan waktu pagi selama 2 hari berada di situ sentiasa mendung, langsung tidak nampak matahari pada waktu paginya.
0 Comments