Ku sangkakan pokok Cucur Atap, rupanya pokok apa ntah

Assalaamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera.  Pagi tadi pergi berburu pokok Cucur Atap sorang-sorang ke kampung Lembah Bidong, Setiu, Terengganu. Cari punya cari akhirnya jumpa sejenis pokok berdaun kecil-kecil yang kusangka kan pokok Cucur Atap.



Balik ke rumah, Google, rupa-rupanya bukan, ayyo!  Pokok apa ni ya?

Rasanya, pokok Cucur Atap tadi yang saya lihat di kawasan pantai Lembah Bidong, yang kelihatan seperti pokok Ru. Saya ingatkan semua itu pokok Ru, kerana pokok Ru pun banyak di kawasan tersebut.

Hhhmmmmm, tak puas hati, esok insyaAllah mahu repeat. Semoga berhasil, amiin.

Walaupun begitu, pokok-pokok di atas pun sudah boleh dibuat bonsai, kerana daun-daunnya kecil manakala batangnya boleh membesar dan menjadi keras. Alhamdulillah, boleh lah satu lagi spesis yang masih tidak diketahui nama dan latarbelakangnya.

2 Comments

  1. Semak depan tiep banyak ca..dulu slalu masuk memukat di jalan tanah hadapan smk lembah bidong..kenangan masa bertugas di bn 9 pga..9 tahun jadi org ganu

    ReplyDelete
  2. Semak depan tiep banyak ca..dulu slalu masuk memukat di jalan tanah hadapan smk lembah bidong..kenangan masa bertugas di bn 9 pga..9 tahun jadi org ganu

    ReplyDelete