Pokok bonsai Fukien Tea @ Carmona Retusa |
Salaam semua BonsaiMania, bravo! Ini adalah salah satu pokok bonsai yang ada dalam jagaan saya. Fukien Tea atau nama saintifiknya Ehretia microphylla / Carmona Retusa, adalah sejenis pokok renek yang tumbuh hingga ketinggian 4 m, dengan dahan-dahan yang langsing dan panjang. Ia adalah spesis tumbuhan berbunga dalam keluarga borage, Boraginaceae.
Close up bunga pokok Carmona Retusa @ Fukien Tea |
Tumbuhan ini berasal dari China dan namanya tercetus sempena dengan nama wilayah Fukien (Fujian) di selatan China. Daunnya digunakan sebagai perubatan di Filipina untuk merawat batuk, kolik, cirit-birit dan disentri.
Daun pokok Fukien Tea. Sampai ada yang dah kuning, mungkin terlebih air atau terlebih baja :-D |
Kalau dilihat secara sepintas lalu, pokok ini juga seakan-akan pokok Kesinai / Serut / Streblus Asper. Tetapi kalau daunnya dilihat dengan lebih dekat, baru perasan perbezaan ketara antara keduanya.
Pokok Fukien Tea popular untuk dibuat bonsai kerana batangnya mudah menjadi gemuk (besar), malar hijau, sering berbunga dan mempunyai dedaun yang kecil.
Setelah usianya semakin tua, batangnya menebal perlahan-lahan, menjadi warna kelabu cerah dan tampil dengan tekstur retak yang menarik. Daun yang berwarna hijau gelap, berkilat ditutup dengan rerambut kecil (di atas tompok-tompok putih halus), mengekalkan kilauan mereka sepanjang tahun.
Penjagaan pokok Fukien Tea
Pokok ini seeloknya ditanam di dalam tanah lembap yang poros. Adalah lebih baik untuk membiarkan tanah kering sedikit di antara waktu penyiraman. Siraman berlebihan akan mengakibatkan reput akar. Kurang air pula akan menyebabkan daun menjadi kehitaman dan gugur. Tanda-tanda ia perlukan air ialah daunnya layu.
Ia memerlukan banyak cahaya dan suhu yang sempurna adalah sekitar 20 darjah C (68F), pastikan ia tidak mengalami suhu yang sangat rendah.
Pemangkasan
Pokok Fukien Tea boleh dipangkas dengan baik dan pemangkasan tetap akan menjadikan pokok itu tumbuh dengan struktur cabang yang padat. Pucuk mudanya lembut dan fleksibel, mudah dipotong atau dililit kawat (wayar). Ranting dan cabang yang matang adalah keras dan rapuh, jadi gunakan alat yang sesuai untuk pemangkasan dan berhati-hati apabila anda mahu membuat kawat dan membengkokkannya.
Tidak perlu buat banyak pemangkasan daun untuk perkecilkan daun, kerana daunnya sudah sedia kecil secara alami.
Cara Pembiakan
Dari benih atau dengan menggunakan keratan batang (seeloknya di musim panas).

0 Comments