Pokok Renek Anonymous (kerana masih belum tahu namanya) |
Kelmarin
jalan-jalan untuk mencari pokok Bunga Tahi Ayam di sekitar Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Alangkah malangnya,
tak jumpa-jumpa. Seolah-olah macam hampir pupus di merata-rata.
Sedangkan dulu, waktu tak fikir untuk bela satu, ada je jumpa
merata-rata.
Walaupun
tak jumpa, nampaknya Tuhan berikan alternatif pokok lain sebagai ganti.
Pokok renek yang biasa tumbuh di kawasan tepi pantai. Yang selama ini
gue pandang sebelah mata saja pada mereka. Tetapi kelmarin, rasa nak
belek-belek hingga ke akar umbi.
Gue
dapati, daunnya sangat halus, dan batangnya boleh membesar dan
mengeras. Apa lagi, gue cuba jadikan Mame Bonsai lah. Buat tambah
koleksi. Jika ada siapa yang tahu apa nama spesis pokok ini, harap
beritahu ya. Terima kasih :-)
Daun dan Bunga Pokok anonymous ini |
Satu contoh lagi |
update 24 januari 2019 : Pokok ini sudah MAMPUS! Haha. Patut lah orang tak buat bonsai dengan pokok ini, mungkin kerana umurnya tak panjang .......
Apa yang saya pelajari, pokok-pokok renek memang biasanya umur tak panjang. Kerana itu orang biasanya bikin pokok bonsai dengan pokok yang kalau dibiarkan tumbuh liar akan membesar bagai gergasi. Makin besar jenis pokok, biasanya makin panjang lah umur insyaAllah.

0 Comments