Sawah padi di kampung Tualang, Kuala Terengganu, Terengganu

Sunset dan pondok buruk di tepi sawah

Sawah padi ini terletak di dalam kampung Tualang, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu. Lebih kurang 9 km dari bandaraya Kuala Terengganu, jika mengambil jalanraya utama ke Kota Bharu. Untuk masuk ke sini mesti melalui simpang 3 di kampung Manir, kemudian ambil jalan ke pasar Manir dan terus menuju ke sini dalam 1km sahaja dari pasar Manir.

Sunset dan lopak air besar di dalam sawah

Sudah semakin kurang sawah padi yang aktif di Terengganu ini, mujur lah sawah di kampung Tualang ini masih giat diusahakan. Kebanyakan yang lain semakin terbiar dan ada yang dijadikan sebagai tapak perumahan.


Rumput tebal di tepi sawah dan sunset




Morning fog at kampung Tualang picture
Kabus pagi tebal di padang tepi sawah di kampung Tualang


 Pagi yang berkabus tebal


Baju tergantung di tengah sawah, bertindak sebagai orang-orang untuk menghalau burung dan seumpamanya


Sun sparkle dan silhouette daun di tepi sawah

Alhamdulillah, terima kasih padamu semua wahai kaum petani, dengan usahamu membanting tulang di tengah panas, bergelut dengan pacat dan lintah, mengharung risiko bertemu ular dan sebagainya itu lah maka kami dapat makan nasi :-)


Gambar sawah, Foto kabus, Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia

0 Comments