Bunga Hempedu Bumi @ Andrographis Paniculata

Bunga Hempedu Bumi @ Andrographis Paniculata


Bunganya kecil dan berwarna hitam dan putih. Kalau ditanam rimbun, cantik juga dengan banyak bunga. Malangnya pokok saya masih kecil dan satu sahaja, maka tak banyak bunga lah yang dapat dipaparkan di sini.


Khasiat pokok Hempedu Bumi

Di kalangan masyarakat Melayu, air rebusan tumbuhan ini digunakan untuk merawat demam, darah tinggi, cirit birit, luka, ulser, gigitan serangga dan menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan.

Daun Hempedu Bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah dengan hanya merebus daun tersebut dan airnya diambil untuk diminum. Air rebusan yang pahit ini dipercayai mengandungi bahan kimia tumbuhan yang boleh memecahkan molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat.

Daun Hempedu Bumi ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan meletakkannya pada luka terutamanya pada luka gigitan ular dan sengatan serangga. [http://www.myhealth.gov.my/hempedu-bumi/]


0 Comments