Pokok Buddhist Pine @ Podocarpus Macrophyllus

Baru-baru ini ada jiran yang mahu berpindah dari kawasan taman perumahan yang saya tinggal ini. Ada dua buah pokok yang dihadiahkan kepada saya, pertama pokok bunga Yesterday Today and Tomorrow, dan satu lagi pokok Buddhist Pine @ Podocarpus Macrophyllus ini. 

Buddhist Pine - Podocarpus Macrophyllus
Buddhist Pine @ Podocarpus Macrophyllus

Pokok asalnya hanya "straight cut" menegak lurus selurusnya. Tetapi seperti biasa lah saya belit-belit dawai aluminium (yang khas untuk bonsai) agar ada seolah-olah seni tari pada pokok :-D

Daun pokok Buddhist Pine - Podocarpus Macrophyllus
Daun pokok Buddhist Pine @ Podocarpus Macrophyllus

Seterusnya penantian batang dan akarnya membesar, ranting dan daun lebat. Ntah berapa tahun lagi agaknya untuk menjadi bonsai yang seakan pokok tua besar yang cantik :-D   Mudah-mudahan, amiin ya Rabbal 'aalamiin .......


0 Comments