Bunga Melati Berbunga walaupun batangnya hanya direndam dalam air

Bunga Melati Murrayya Exotica
Bunga Melati Murrayya Exotica

Bunga Melati spesis Murrayya Exotica ini antara pokok bunga yang masih boleh berbunga walaupun dahannya dikerat dan hanya direndam dalam air. Tetapi sebaiknya dahan yang dikerat itu mesti ada pucuk bunga dahulu.

Tetapi untuk menumbuhkan akar, rasanya pokok ini payah untuk menumbuhkan akar. Apa lagi batangnya jenis batang yang nampak kering. Setakat eksperimen saya untuk menumbuhkan akar, sentiasa GAGAL.



Bayangkan kalau anda kerat batang banyak-banyak dari pokok besar, kemudian rendam semuanya dalam air dan letak di dalam rumah. Tentu akan harum semerbak seluruh isi rumah setelah ianya berbunga. :-D


p/s: Banyak lagi pokok bunga lain yang masih boleh berbunga jika batangnya hanya direndam dalam air, seperti Hibiscus (Bunga Raya), Ixora dan sebagainya.  Hibiscus dan Ixora juga mudah menumbuhkan akar hanya dengan direndam keratan batang di dalam air.


0 Comments