Weaver Ants eating black Wasp -- Kerengga-kerengga makan Penyengat hitam
Cepat dan cekap sungguh kerengga-kerengga ini melakukan kerja. Sebaik sahaja Penyengat ini singgah atas pokok untuk mencari makan, tiba-tiba dia disambar oleh para kerengga dan terus menjadi habuan mereka. Apa yang penting bagi kerengga? Kerjasama!
Red weaver Ant vs Caterpillar -- Kerengga sedang berkonfrontasi dengan ulat beluncas
Adegan Kerengga konfrontasi dengan Ulat Beluncas ini di tembak di kampung Teluk Pasu, Manir, Kuala Terengganu. Mungkin kerengga di bawah itu cuba untuk mengambil mayat kawannya dari menjadi habuan ulat beluncas.
Weaver ants eat Lady Bug moment. Poor Lady bug -- Kerengga makan Kumbang Lady Bird
Gambar ini disnap di dalam kampung Teluk Pasu, Kuala Terengganu, Terengganu. Banyak kerengga lain datang menjamu selera dengan kumbang tersebut kemudiannya. Kumbang itu sudah pasrah tidak dapat berbuat apa-apa.
Black ant with a thorny back close up -- Semut hitam dengan belakang yang berduri
Semut ini saya jumpai ketika outing bersama sahabat saya Allahyarham Zul Husain di kawasan semak-samun kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu.
Permaisuri kerengga ini dijumpai di kawasan sawah di kampung Padang Kemunting, Kuala Terengganu, Terengganu, ketika outing bersama sahabat saya Allahyarham Zul Husain. Begitulah nasibnya jika serangga melalui sarang labah-labah yang dalam masa yang sama adalah satu perangkap. :)
Weaver ant queen trapped on a spider web -- Permaisuri kerengga terperangkap dalam sarang labah-labah
Permaisuri kerengga ini dijumpai di kawasan sawah di kampung Padang Kemunting, Kuala Terengganu, Terengganu, ketika outing bersama sahabat saya Allahyarham Zul Husain. Begitulah nasibnya jika serangga melalui sarang labah-labah yang dalam masa yang sama adalah satu perangkap. :)
Kerengga ini asyik mengusik dan membuli Treehopper yang malu-malu kucing. Sudah beberapa kali saya menjumpai situasi sebegini. Kesian Treehopper, nakal betul si kerengga ni. :-D
Ant drinks water from Senduduk flower -- Semut minum air dari kelopak bunga Senduduk
0 Comments