Bukit Keluang, terletak kira-kira 140KM dari bandar Kuala Terengganu dan 6KM dari bandar Kuala Besut, dimana pengembara-pengembara biasanya menaiki bot dari situ untuk ke Pulau Perhentian. Bukit yang terletak di tepi pantai berbatu yang cantik ini terkenal sebagai bukit untuk melakukan riadah dan rekreasi.
Boleh parking kenderaan di kaki bukit. Laluan untuk ke puncak ada dua, iaitu yang berhampiran dengan pantai (lebih curam dan jauh ke puncak) dan laluan satu lagi mesti berjalan kaki di atas jalan tar terlebih dahulu sejauh 1KM untuk sampai ke permulaan laluan (lebih mudah, dekat ke puncak dan kurang mencabar). Hanya cari satu lukisan besar gambaran pemandangan di puncak bukit.
Pemandangan dari atas Bukit Keluang 2017
Pantai Bukit Keluang terletak bersebelahan dengan Pantai Air tawar di kampung Air Tawar. Jadi jika anda sudah bertemu dengan kampung Air Tawar, maka dah tak jauh dah tu.
Apa-apa pun, selamat mendaki dan berhati-hatilah, kerana ada juga beberapa kawasan yang sangat curam dan merbahaya di puncak bukit. Bismillah .......
0 Comments