Jeti di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu

Jeti di Pulau Duyong night shot
Jeti di Pulau Duyong waktu malam

Pulau Duyong terletak di muara Sungai Terengganu. Pulau Duyong antara tempat yang popular kepada para pelancong asing kerana Monsoon Cup (Piala Monsun) juga diadakan di sini iaitu secara spesifiknya di Ri-yaz Heritage Resort and Spa. 

Dulu, Pulau Duyong pernah menjadi tempat tinggal kepada seorang ulama terkenal iaitu Tok Syeikh Duyong (1802 - 1889). [Wikipedia] Kota lama Duyong adalah antara peninggalan dari zaman itu.

Jeti di Pulau Duyong waktu malam

Jeti di Pulau Duyong waktu malam

Baru-baru ini terjadi kemalangan bot tenggelam kerana bocor, hingga kerugian beribu-ribu liter minyak. Pakcik yang menceritakannya kepada saya juga mengatakan, beliau sendiri pernah mengalami kejadian yang sama suatu ketika dulu. Tetapi mujurlah bukan di tengah lautan sana, hanya di sekitar sungai ini.

Pada malam Hari Kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun, boleh melihat pertunjukan bunga api yang dipasang di area bandar dari kawasan jeti ini.

Berada di jeti ini juga boleh melihat pemandangan Bandaraya Kuala Terengganu secara melebar. Dan lebih menarik dilihat pada waktu malam kerana dipenuhi warna-warni dari lampu-lampu di Pulau Warisan seberang sana.

Bandaraya Kuala Terengganu waktu malam

Bandaraya Kuala Terengganu waktu malam
Bandaraya Kuala Terengganu waktu malam

Untuk melihat lebih lagi dan menghargai alam ciptaan Allah S.w.t, sila berkunjung sendiri ....... more than meets the eye .......

FREE GAZA!!

0 Comments