Jeti dan jambatan kayu klasik dan usang di Terengganu

Titian usang di kampung Pulau Kerengga, Marang

Titian usang klasik Pulau Kerengga
Titian usang di tempat klasik, pantai Pulau Kerengga - Night shot

Kawasan ini berdekatan dengan penjara Marang. Jika kita datang dari arah Kuala Terengganu, ianya sebelum sampai ke kawasan penjara tersebut. Di sebelah kanan jalan ada sebuah surau, dan jalan masuk ke sini adalah di sebelah kirinya. Ada satu jalan kecil masuk ke situ, dan jalan tersebut betul-betul di tepi pagar sebuah tanah perkuburan.

Jambatan usang klasik Pulau Kerengga
Titian klasik Pulau Kerengga pada waktu siang.

Ini adalah titian lain pula yang berhampiran dengan titian di atas. Kawasan ini berada di tepi Pantai Pulau Kerengga, Marang.


Jeti usang di kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu

Jeti usang di kampung Seberang Takir


Jeti usang di kampung Seberang Takir pada waktu subuh


Jeti usang ini terletak bersebelahan dengan tempat membuat belacan. Di sini boleh dikatakan sebagai perkampungan nelayan. Kawasan ini berhampiran dengan Pantai Seberang Takir.


Jeti usang di kampung Seberang Tok Chik, Kuala Terengganu

Jeti atau titian usang di tepi sungai kampung Seberang Tok Chik
Jeti / titian usang di tepi sungai kampung Seberang Tok Chik - Night shot

Kampung Seberang Tok Chik letaknya tidak jauh dari kampung Seberang Takir.  Cahaya memancar ke langit yang kelihatan di bahagian background foto di atas datangnya dari Masjid Kristal di Pulau Wan Man.

Pekenakan Kelvin paling rendah iaitu 2500 bagi mengurangkan kesan lampu kedai yang ada di belakang, yang menghijaukan sangat cahaya di titian tu. Kesan dari merendahkan nilai Kelvin tersebut jadilah gambar yang kebiruan ;)

Expose selama 356 saat , F/8 , ISO 200 , No flash


Titian usang di Pulau Kekabu, Marang, Terengganu


Titian usang di Pulau Kekabu
Titian usang di Pulau Kekabu

Pulau Kekabu terletak di bandar Marang, Terengganu. Ia bukanlah seperti Pulau Redang, Pulau Kapas dan sebagainya yang terletak di tengah-tengah laut, tetapi ia hanya terletak di pinggir pantai hanya dipisahkan dengan daratan oleh sungai yang kecil. 

Perkampungan nelayan juga ada di sini, dipenuhi dengan bot-bot dan perahu. Pemandangan dari sebelah bandar Marang boleh dinikmati sambil makan-makan di kedai makan. Juga boleh bersantai di Taman Rekreasi yang disediakan di situ.


Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Long Exposure, Foto Night shot

0 Comments