Beberapa perahu layar (Yacht) yang bertanding di Monsoon Cup Terengganu 2010
Sebuah bot nelayan melalui kawasan ini, di belakangnya kelihatan sebuah yacht yang turut serta bertanding (tapi waktu ni sessi latihan je kalau tak silap saya). Dengan berlatar belakangkan Bukit Besar dan Menara Felda.
Bot peronda di Ri-Yaz heritage
Seorang remaja bermain bot laju. Ada beberapa orang yang sedang bermain bot laju di situ, saya turut merakamkan aksi mereka.
Salah seorang peserta Monsoon Cup ini yang sedang ditemuramah
Sessi temuramah peserta Monsoon Cup di atas
Bendera World Match Racing Tour
Beberapa shot yang sempat saya rakamkan pada hari pertama World Match Racing Tour - Monsoon Cup Terengganu 2010 berlangsung. Saya pergi ke situ pun sekejap sahaja. Gambar-gambar ini bukan bertumpu kepada kapal-kapal layar sahaja tetapi juga beberapa moment yang ada di situ. (Actually hanya 2 keping je gambar kapal layar yang terlibat yang saya upload kan ni :D)
Monsoon Cup Terengganu 2010 ini berlangsung dari 30 Nov - 5 Dis , dan boleh diperhatikan dengan baik di Ri-Yaz Heritage Resort and Spa , Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu. Saya bukan lah bersetuju sangat dengan Monsoon Cup ini kerana di sebaliknya juga berlaku banyak pembaziran dan seumpamanya, tetapi saya hanya merakamkan detik-detik yang berlaku di situ.
Ramai juga nampaknya yang berkunjung, dan masuk hanya percuma , tiada bayaran dikenakan ....... ini lah peluang anda untuk merayau-rayau dalam kawasan Ri-Yaz Heritage Resort & Spa tu ;)
Update 6 Disember 2010
Di bawah ini adalah beberapa gambar pada hari terakhir Monsoon Cup itu. Tidak banyak juga kerana saya sudah pergi lewat, ketika pertandingan sudah pun tamat :) .......
3 kapal layar juara di Monsoon Cup 2010
Orang sedang maintenance layar yacht
Sahabat saya Mr Harif Manaf sedang posing di hadapan skrin besar
Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Foto sukan, Gambar acara
0 Comments