Mini Zoo Kemaman terletak di kampung Bukit Takar (Takal) , Kemaman, Terengganu. Jaraknya dari pusat bandaraya Kuala Terengganu lebih kurang 170km dan dari bandar Chukai lebih kurang 10km. Kedudukannya di tepi jalan raya utama maka tidak susah sangat untuk mencari tempat ini. Untuk ke sini, lalu ikut Jalan Air Putih untuk ke kampung Ibok.
Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Harga tiket yang dikenakan iaitu dewasa RM10 , kanak-kanak RM7 dan pelajar sekolah RM5. Lokasi yang best untuk merakam gambar / foto semestinya.
Gambar spesis burung kuang bayas.
Macam sedang bermunajat je burung ni ya ....... Agak-agaknya sedang berdoa pada Tuhan. Apa lah yang di doakannya ya?
Hanya Burung Merak jantan dapat mengembangkan bulu ekornya, dan lebih warna-warni dari Burung Merak betina.
Close up Burung Merak dengan sedikit cahaya matahari bersinar ke atas nya
Burung Merak yang lain pula. Yang ini mempunyai bulu berwarna biru di atas kepala, berbeza dengan warna putih pada Burung Merak yang sebelum ini.
Burung Merak Putih di atas tanah
Gambar anak buaya
Gambar landak
Gambar angsa putih
Gambar ular sawa yang sedang kekenyangan
Black Bears at Mini Zoo Kemaman composite image
Gambar beruang hitam makan pisang ke mangga ni?
Beruang manja, auuwwww!!
Beruang sapu kulit buah ke atas kepalanya
Eh malu-malu plak dua ekor beruang hitam ni
Dan banyak lagi jenis haiwan di Mini Zoo ini yang mana saya tidak sempat lagi untuk shoot gambar / foto kesemuanya. Maka anda boleh lah alami dan rakam sendiri pula gambar / foto pelbagai haiwan , flora dan fauna di sana :)
Antara kemudahan asas yang ada di Mini Zoo Kemaman ialah surau, wakaf, tandas awam, trek pejalan kaki, kiosk. Sampai bila ntah lah Mini Zoo ini akan bertahan, kerana kos penyelenggaraan dan makanan haiwan-haiwan itu sangat lah mahal, tidak cukup sekadar mengharap bayaran tiket masuk ke situ dari pelawat. Maka bagi sesiapa yang rasa nak shoot pelbagai foto haiwan, cepat-cepat lah sementara stok masih ada .......
Untuk maklumat lanjut tentang Mini Zoo Kemaman, sila ke laman web Majlis Perbandaran Kemaman.
0 Comments