Sungai di kampung Manir, Kuala Terengganu ini ialah sebahagian dari Sungai Terengganu yang mengunjur dari muara sungai di bandar Kuala Terengganu hinggalah ke daerah Hulu Terengganu dan seterusnya saya pun tidak tahu ntah ke mana. Kampung Manir letaknya kira-kira 8km dari bandar Kuala Terengganu.
Di seberang sana ialah kampung Pulau Rusa. Jambatan di sebelah kiri gambar dikenali sebagai Jambatan Manir. Saya juga ada menembak gambar-gambar di tepi sungai di kampung Pulau Rusa.
Rumah usang tepi sungai Manir - Aging photo version
0 Comments